Monday, September 14, 2009

hayatku..

dalam riang
dalam tawa
dalam ramah
dalam riang
dalam riuh
dalam manja
dalam gelak
aku menangis..
hiba menahan sebak..

ya Allah..
kuatkanlah semangatku..
aku bermohon padaMu..
petunjuk dan hidayahMu..

tenanglah hati
damailah jiwa
dia pasti menanti mu..

salam.

salam abi..

anggaplah apa yg berlaku sekarang
satu hukuman atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan.
tak dapat saya bayangkan beban dan aib
yg awk tanggung dan rasa.

maafkan saya.

doakan saya tenang.

ini lagu kita.

haram bagi saya untuk jumpa awak lagi.

tapi tiap sujud saya ada doa.

awak simpanlah cincin saya tu,

sampai masa nanti kita beli permatanya.

simkad awk bagai nyawa untuk saya.

alhamdulillah Allah lapangkan hati saya untuk sentiasa mengingatinya.

sekarang saya benar-benar rasa apa yang saya doa dan cari.

doakan jalan hidup saya sentiasa dibawah redha dan petunjukNya.

maafkan umi. salam.

abi..

maaf kan umi

-umi sakit

-umi lemah

-umi risau

-umi sebak

-umi rindu...

maafkan umi..maafkanlahh..

Sunday, September 13, 2009

aku meneruskan langkah
tiap hela nafasku
tiap kelip kopak mata
tiap tutur butir bahasa..

aku simpan
akan ku diamkan semua

aku berserah padamu Ya Allah..
segala ketentuan Mu..
aku yakin..
hikmah yang dijanjikan pada setiap sesuatu..

tenangkanlah hati kami,
peliharalah iman kami,
tetapkanlah pendirian kami,
permudahkanlah langkah kami..
hanya padaMu tempat kami bermohon..

wahai hati..
biarkanlah dunia..
kita di uji kerana kita cuma manusia..

NUR KASIH

lewat ini kurasaka
kasih kian kudambakan
resah hati yang kupendam
pada takdir dan harapan

detik tahu dan suratan
siapa tahu ketentuan
kumencari cahayanya
dalam bayang kegelapan..

Nur Kasih

nasib hidup dan pilihan
lain utk setiap insan
mengharapkan perjalanan
dalam maya kesamaran

Nur Kasih

aku kembali kerana masih
mencari yang hakiki
sinar pasti
janji suci yang abadi

Nur Kasih

NUR KASIH

lewat ini kurasakan
kasih kian kudambakan
resah hati yg kupendam
pada takdir dan harapan

Nur Kasih..

aku kembali
kerana masih
mencari yang hakiki
sinar pasti
janji suci yg abadi

Nur ya Kasih..

Friday, September 11, 2009

hanya sebuah rasa..

tak perlu
aku juga mengerti

tak mungkin
aku juga simpati

tak jugak
aku kan cuma manusia

tak larat
aku sesak dengan duka

tak janji
aku yang tak berhenti mengharap

tak endah
hatiku tak berhenti berdetik

tak jujur
aku redha seadanya dia

tak sayang
aku cuma ada sekeping hati

tak sempat
masa tak pernah bercanda

tak mungkin
aku yang selalu bingung

Allahuakbar..aku mengeluh berat..
ya Allahu Rabbi,
aku akur dengan kekuasaanMu
yang lebih maha mengetahui
dan maha mengasihani..
ampunkanlah setiap dosaku
setiap rintihan alpa ku
setiap noda atau nafsuku.

aku manusia yang sangat lemah
aku memohon padamu ya Allah..
redhaMu..
kasihMu..
HidayahMu..
PetunjukMu..

dekatkanlah hatiku
untuk mengingatiMu
dekatkanlah jiwaku
untuk merinduiMu selalu

jauhkan lah aku
dari perkara yang merosakkan hatiku..
dari perkara yang memesongkan akhlakku..

AMIN.
saat ini
aku hanya mampu
membayangkan
diri mu
wajah mu
suara mu
gurau mu
nasihat dan petua mu.

saat ini
aku cukup sedar
bahawa
diri ku
wajah ku
suara ku
senda ku
keletah manja ku
tidak lagi kau perlukan.

tiada lagi..
- salam
- take care
- jalan elok-elok
- jaga pergaulan umi
- yuuu..
- nak kol bley..?
- makan ape arini?
- sihat arini?
- balikngan sape?
- umi ok?
- keje ok tak?
- adda..?
air mata..rindu..ntah

aku kosong
rapuh
tangisantak pernah padam
lubukhati ku sentiasa pedih

ya Allah..aku berserah padamu
andai ini keadaannya
andai ini yang sebenarnya
andai ini yang patut aku patuhi

aku redha ya Allah
walau aku lemah melaluinya
walau nyawa ku melayang menggagahinya
walau apa pun..
aku doakan yang terbaik buat dia..

ya Allah..jauhkan aku dari perasaan yang mungkar
jauhkan aku dari perasaan yang tak keruan
jauhkan aku dari lembah zina yang amat Kau murka

ya Allah.. dekatkan lah aku
kepada hidayah mu
kepada nur mu
kepada petunjuk mu
kepada segala sesuatu supaya aku
sentiasa mengingati mu,,

aku bermohon ya Allah
engkau tetapkanlah hati ku
engkau peliharalah Istiqamah dalam jiwa ku
engkau terangkanlah hati dan jiwaku dengan nur mu..

ya Allah..
engkaulah yang Maha Mengetahui..
AMIN.

Thursday, September 10, 2009

sebuah jawapan..

tak lagi kau ungkap
tak lagi kau sebut
tak lagi kau tulis

aku tinggal menghitung

tiada kata
cuma pesan
biasa sahaja
dan bersahaja

aku makin hiba

apa yang aku harap..
apa yang aku tunggu..
apa yang aku rindu..

semua salah ada pada ku..

ya Allah.. aku memohon padamu
berilah aku ketenangan dan petunjuk
jauh kan aku dari kecelaruan ini
jauh kan aku dari perasaan yang kosong ini

aku memohon ya Allah..
kasih dan sayang Mu
redha dan hidayah Mu

aku manusia yang sangat lemah..
ampunkanlah aku.
AMIN.

Tuesday, September 8, 2009

terima kasih..

maafkan aku
kerana selalu begini
kerana selalu begitu

maafkan aku
kerana terlalu meminta
kerana terlalu bermanja

maafkan aku
kerana selalu bertanya
kerana selalu mengadu

maafkan aku
kerana selalu teringat
kerana selalu merindu

maafkan aku
kerana selalu menyusahkan
kerana selalu membebankan

aku sedar
hatimu gundah
hatimu resah
hatimu tawar
bila melihat aku
mendengar aku
mangingat aku

terimakasih
kerana selalu ada
kerana selalu sedia
kerana selalu terbuka

terima kasih
kerana mengajar aku
kerana meyakinkan aku
kerana menyedarkan aku

walau kini kau makin menjauh..

salam..
umi.

tenang..

duhai hati..
kau tak sendiri
kau tak pernah dbenci

duhai hati..
tenanglah selalu
redhalah dengan apa pun

duhai hati..
air mata itu penghibur kita
sebak dan rawan itu sekadar ingatan

detik lah di dadamu zikir
detiklah di dadamu doa
detiklah di dadamu istighfar..

duhai hati..
sabar itu tenang
senyum itu tenang
muhasabah itu tenang
doa itu juga tenang

duhai hati..
tenang laa..
syukur itu juga tenang

Monday, September 7, 2009

doakan aku..

petang tadi
aku kira
cuma untuk bertanya khabar
walau sebenarnya
hatiku rindu..

016******0
"hallo assalamualaikum..
suara ayah..
ati di mana?
cucu ayah sihat?
kamu apa khabar?
syuhada puasa?
makan apa kamu?
siapa masak?

ya Allah..
hatiku berdetik sayu..
aku mohon padaMu ya Allah..
permudahkanlah urusan ku,
berilah petunjuk dan hidayah kepada ku,

aku rindu..
aku tak mampu..
aku ingin kembali..
kepangkuan mereka..
aku ingin bermanja
dengan mereka..
aku ingin berkongsi
segala suka duka..

aku tak sanggup lagi..
hidup tak terarah..
lagak tak terusai..
senyum tak bermakna..
segala percu dan sia-sia

biarlah aku

aku memilih ini..

aku cuma ingin kembali..

lepaskanlah..

kita tak perlu
terus terusan begini..

7.9.2009

aku berjalan sendirian tadi
hatiku berdetik..
bagaik menyatakan sesuatu..
kualihkan pandangan keluar kereta,
air mata ku gugur lagi..

aku bersyukur
aku bukan takbur
aku juga akur
cuma aku tadinya penat tertidur..

aku mengucap panjang
tuhan telah mengizinkan mindaku berehat
aku terlelap lemas
aku terlalu berfikir dan berkhayal
aku menahan segala denyut sakit yang mendatang
ya Allah..Engkaulah tempat ku mengadu

genap 8 tahun kalau aku tak tersalah hitung
puteriku sahaja sudah 5 tahun umurnya
aku bermuhasabah kedalam diri,
ilmu ku masih kurang
amal ku jauh tersimpang
ya Allah..ampunilah hambamu ini
berilah aku petunjuk..
aku tak sanggup mengherat sesal yg percuma
dunia ini fana untukku
aku sesat meraih bahagia..
AllahuRabbi..

aku mohon..
dalam detik ini
berilah aku peluang
untuk melalui kehidupanku
untuk membetulkan diriku
untuk mencari sebaik-baik ilmu
agar aku bisa menjadi..
anak yang solehah
ibu yang mithali
manusia yang berilmu dan berbakti

cukuplah 8 tahun yg sudah
aku menjadi temanmu
aku rasa sudah sampai masanya
hatiku untuk meluahkan semua
sarat yang aku pikul ini
tak tertanggung bebannya..

kau tentu tau lebih arif tentang aku
untuk itu izinkan aku
untuk pergi..
selama-lamanya...

lirik ini..

Aku Kehilangan Mu
Saat aku kehilanganmu
Hati dibaluti rasa pilu
Kedukaanku pasti berlarutan
Kerna di kecewakan
Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua
Pernah menangis bersama
Panas dan hujan, ribut dan taufan
Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan
Mimpi satu kenyataan
Tiada pernah kumenyangka
Kejayaan mengaburi mata
Sehinggakan kau merasa tak lagi perlu
Ku berada di sisimu...

Sunday, September 6, 2009

malam tadi..

aku tersentap
dengan kata-katanya

aku keliru
dengan maksudnya

aku hiba
memahami hatinya

airmata curah lagi
aku yang terlalu lemah..

hidupku kabur
cita dan cinta ku lebur
semangatku luntur

abi tak nak fikir apa-apa lagi...

hidupku sudah berakhir.
yang tinggal cuma jasad
yang penuh dosa
yang sesak dengan noda
ya Allah...ampunilah aku
andai ini dugaan atau ujian
bantulah aku
tenangkanlah hati ku

perlahan-lahan mataku terpejam.

hiba...

sepi mungkin punca, hatiku tiba-tiba menjadi hiba.
aku sebak dalam riang, aku nangis dalam senyum,
aku tenang dalam rawan...

ku ungkap dalam hatiku.. sabar.. tenang..
kau tidak sendiri. aku pertahankan apa..?
aku pertaruhkan apa..?
aku punya siapa..?
hiba ya Allah.. ampunilah aku..
andai ini antara balasan dari dosaku yg lalu..

banyak yg aku fikir kan,
tidak satu pun aku dapat leraikan..
segalanya kusut,
segalanya kalut,
segalanya mengarut..
AllahhuRabbi.. ampunkanlah aku..
(seru dalam hibaku..)

kutatap wajah anakku yang sedang nyenyak..
comel, cantik..hatiku berdetik..
permata hatiku yang satu..
sayang..doakan umi ya..
semoga jalan hidup kita tidak terus begini..
semoga laluan hidup kita tidak selamanya begini..
semoga kita kuat untuk melaluinya bersama..
ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa ku
dosa-dosa anakku..
dosa-dosa kaum keluarga ku..
permudahkanlah urusanku di dunia dan di akhirat..
berkatilah rezeki yang aku cari..
berkatilah pekerjaan yang aku usahakan..
berkatilah ilmu yang aku sampaikan..
berkatilah kasih dan sayangku
berkatilah kami semua hambamu..

hiba..
aku cuma berteman air mata..
dalam senja menanti azan..
dalam Ramadhan yg penuh ujian..
tabahkan aku ya Allah..

salam.